Namun, apakah tanda-tandanya kita dicintai? Akan tetapi, untuk menjawab persoalan itu, perlu kita fikirkan dahulu kita mahu dicintai oleh siapa, dengan sebenar-benar cinta yang hakiki itu. Saya pulangkan soalan ini kepada semua untuk memilih. Tetapi apa yang ingin dikongsikan di sini ialah apakah tanda2 bahawa kita ini sebenarnya dicintai oleh Allah? Kalau takde tanda2 ni, maka kita perlu berusaha lebih keras lagi supaya dicintai Allah..

1) Terjaga dari pesona dunia
Allah tidak akan membiarkan orang yang dicintaiNya terpesona dengan dunia dan dunia menguasainya. Jika selama 24 jam dlm sehari, seseorang banyak mengingati Allah, maka itu tandanya Allah mencintainya.

2) Taat beragama
Walaupun seseorang baru melangkah satu langkah menyambut ketaatan kepada Allah dengan menjalankan ajaran agama, maka yang demikian adalah petanda Allah mencintainya.
Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah memberi dunia kepada orang yang mencintai dunia dan juga kepada orang yang tidak mencintainya, tetapi Dia memberi agama hanya kepada orang yang Dia cintai. Barangsiapa diberi agama oleh Allah, maka Dia telah mencintainya."
Jadi, jika seseorang mula tergerak untuk mempelajari dan mengamalkan ajaran agama, maka itu petanda bahawa ia dicintai Allah.

3) Mendalami agama
Ini juga dapat diperoleh secara bertahap seperti ketaatan beragama. Pada mulanya ia mungkin tidak memahami Islam sedikit pun, kemudian sedikit demi sedikit mula mempelajari Al-Quran dan dasar2 agama, lalu meningkat mempelajari agama secara mendalam, dan akhirnya dikenali sebagai ahli agama.

4) Sikap lemah lembut
Apabila ia dianugerahi sifat lemah lembut sehingga menjadi hamba yang penyantun, maka sebenarnya ia dicintai oleh Allah. Sebaliknya, orang yang tidak mampu mengawal dirinya, walaupun hanya kerana persoalan yang kecil sahaja, ini akan membuatkan ia jauh dari dicintai Allah.

5) Diberi kemudahan melakukan ketaatan
Allah akan mudahkan jalan2 kebaikan bagi orang2 yang dicintaiNya.

6) Diberi kesulitan melakukan kemaksiatan
Allah akan menutup kesempatan dan jalan2 kepada kemaksiatan bagi orang2 yang dicintaiNya.

7) Husnul khatimah
Akhir hayat orang yang dicintai Allah akan ditutup dengan pengakhiran yang baik. Ada sebahagian orang yang semasa hidupnya nampak taat pada ajaran agama, akan tetapi ketika meninggal dunia, amal perbuatannya adalah menentang Allah. Kerana itu, sepatutnya setiap orang perlu bimbang akan kematiaannya saat sedang dalam kemaksiatan. Sebaliknya, amal-amal ketaatan hendaklah sentiasa dijaga agar husnul khatimah menjadi penutup usia. ameen..

Semoga kita semua sentiasa dalam kecintaan Allah.